Wednesday, August 3, 2011

SOLAT JUMAAT

Posted by Dr Mudah 11:36 PM, under | No comments

4. SOLAT JUMAAT


 Tatacara mendirikan solat Jumaat
  
01    Azan Zohor
02    Khutbah pertama
03    Doa antara dua Khutbah
04    Khutbah kedua
05    Sembahyang Jumaat


4.1 Pengertian Solat Jumaat
·        Solat Jumaat ialah Solat dua rakaat yang dilakukan dengan berjemaah di masjid dalam waktu Zohor pada hari Jumaat yang didahului dengan dua khutbah .

4.2 Hukum Solat Jumaat
·        Hukum menunaikan solat Jumaat ialah  fardhu Ain ke atas setiap lelaki Islam yang telah cukup syarat-syaratnya .

4.3 Syarat-syarat wajib Jumaat
a.         Islam – tidak diwajibkan ke atas orang kafir
b.         Lelaki – tidak di wajibkan kepada orang perempuan
c.         Baligh – tidak diwajibkan kepada kanak-kanak
d.         Berakal – tidak diwajibkan kepada orang gila
e.         Bermastautin – tidak diwajibkan kepada orang musafir
f.           Merdeka – bukannya hamba abdi
g.         Tidak uzur – bukan orang sakit atau terhalang keselamatannya

4.4 Syarat – syarat sah solat Jumaat
a.         Hendaklah didirikan di tempat-tempat yang tertentu seperti masjid
b.         Hendaklah didirikan dalam waktu zohor
c.         Hendaklah dilakukan dalam keadaan berjemaah
d.         Bilangan jemaah hendaklah mencukupi 40 orang
e.         Didahului dengan dua khutbah

4.5 Sunat-Sunat dan Adab-Adab Solat Jumaat
a.         Hendaklah datang awal ke masjid
b.         Disunatkan memakai wangi- wangian
c.         Membanyakkan tasbih ,zikir dan selawat
d.         Mengerjakan solat sunat tahiyyatul  masjid sebelum duduk

4.6 Khutbah Jumaat
·        Ucapan yang dibaca oleh Imam / Khatib sebanyak dua kali berturut-turut sebelum menunaikan solat Jumaat .
·        hutbah Jumaat mengandungi kata-kata pujian, nasihat , pengajaran , ilmu pengetahuan  dan salawat dan salam kepada Allah dan Rasul-Nya  .

Hikmat-Hikmat Khutbah Jumaat
a.         Meningkatkan rasa ketaqwaan kepada Allah
b.         Menginsafi diri
c.         Menambahkan pengetahuan umat Islam

4.7 Hikmat- Hikmat  Solat Jumaat
a.         Lambang perpaduan dan persaudaraan
b.         Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
c.         Meninggikan lagi syiar Islam
d.         Dapat mendengar dan mengambil pengajaran daripada khutbah

 http://skhk8k.tripod.com/






0 comments:

Post a Comment

Box Sponsor