Wednesday, August 3, 2011

SOAL JAWAB : REMEH TEMEH TENTANG SOLAT TAPI ANDA MALU BERTANYA

Posted by Dr Mudah 11:17 PM, under | No comments

Soalan :

Saya mendukung anak lelaki yang tidak memakai seluar sehingga zakarnya menyentuh kulit perut saya. Adakah batal wuduk saya?

Jawapan :

Wuduk anda tidak batal kerana yang membatalkan wuduk ialah menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan :

Batalkah wuduk jika saya terpegang papan punggung sendiri?

Jawapan :

Memegang papan punggung sendiri atau orang lain tidak membatalkan wuduk. tetapi sekiranya memegang bahagian dubur tempat keluar najis, batal wuduknya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan :

Ketika memakaikan seluar kepada anak kecil, tapak tangan saya tersentuh buah pelirnya. adakah wuduk saya batal?

Jawapan :

Menyentuh buah pelir atau buah zakar tidak membatalkan wuduk. tetapi yang membatalkan wuduk ialah jika tapak tangan tersentuh batang zakar.


dipetik dari buku SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SOLAT TAPI ANDA MALU BERTANYA.. OLEH ROHIDZIR RAIS

0 comments:

Post a Comment

Box Sponsor