Wednesday, August 3, 2011

SOLAT BERJEMAAH

Posted by Dr Mudah 11:34 PM, under | No comments

3. SOLAT BERJEMAAH .

3.1  Pengertian solat berjemaah
·        Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai. Sekurang-kurangnya dua orang iaitu seorang imam dan seorang makmum .
·        Solat berjemaah ini boleh dilakukan  dimana-mana sahaja asalkan cukup syarat-syaratnya .
·        Iman ialah orang yang mengetuai  solat berjemaah . Makmum pula ialah orang yang berada dibelakang imam dan mengikut imam ketika solat tersebut didirikan .
·        Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali ganda kepada orang mendirikan solat berjemaah.

3.2  Hukum solat berjemaah .
·        Hukum mendirikan solat berjemaah ialah sunat muaakkad - sangat digalakkan dalam Islam .

3.3    Kelebihan solat berjemaah
a.         Menguatkan semangat persaudaraan antara satu sama lain
b.         Mengukuhkan tali persahabatan antara sesama Islam dan sesama manusia
c.         Melatih umat Islam agar berdisiplin dan menepati masa
d.         Mengukuhkan  keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala .

3.4    Syarat-syarat solat berjemaah
a.         Makmum berniat mengikut imam
b.         Mengetahui gerak geri perbuatan imam
c.         Imam dan makmum berkumpul dalam satu tempat / kawasan
d.         Kedudukan makmum di belakang sedikit daripada imam
e.         Tidak mendahului perbutan imam
f.           Makmum lelaki tidak boleh berimamkan imam wanita

3.5    Makmum  Muafik dan  Masbuk

a.       Makmum Muafik
►    Makmum yang tidak sempat membaca Al – fatehah ketika imam masih berdiri ketika rakaat pertama .
►    Ganjarannya lebih baik daripada makmum masbuk

b.      Makmum Masbuk
►    Makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah kerana imam telah rukuk .
►    Makmum tersebut hendaklah mengikut imam .
►    Dikira mendapat rakaat jika sempat rukuk dan tamakninah bersama imam .

3.6    Bahagian-Bahagian Solat & contoh

a.       Solat fardhu
►    Zohor
►    Asar
►    Maghrib
►    Isyak
►    Subuh

       b.      Solat Fardhu Ain
►    Solat Jumaat

c.       Solat Fardhu Kifayah
►    Solat Jenazah

d.      Solat Sunat
►    Solat Hari Raya Aidil Fitri
►    Solat Hari Raya Aidil Adha
►    Solat Sunat Tarawikh
►    Solat Sunat Hajat

Susunan Saf
►    Saf pertama  - orang lelaki dewasa
►    Saf kedua     - kanak-kanak lelaki
►    Saf ketiga     - perempuan dewasa
►    Saf keempat - kanak-kanak perempuan

 

5. SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AT

5 . Pengertian
·        Sunat Ada’ad ialah amalan sunat dalam sunat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan dikehendaki melakukan sujud sahwi .
·        Sunat Hai’at ialah amalan sunat dalam solat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan tidak dikehendaki melakukan sujud sahwi .

5.1 Perkara-Perkara Sunat Ab’ad
a.         Membaca doa Qunu’ ketika solat Subuh
b.         Membaca Tahiyyat awal
c.         Membaca (                            ) pada tahiyyat akhir .

Bacaan ketika sujud sahwi
►    (                                      )  maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
►    Hendaklah dibaca tiga kali .                                                   

5.2 Perkara-Perkara Sunat Hai’at
a.         Mengangkat kedua-kedua tangan ketika Takbiratul ihram
b.         Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyyat awal
c.         Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri membaca Fatihah dan surah
d.         Membaca doa iftitah
e.         Membaca amin selepas fatihah
f.         Membaca (                        sebelum membaca Fatihah
g.        Membaca surah atau ayat Al Quran  selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
h.        Menyaringkan bacaan Fatihah pada solat Isyak, maghrib dan subuh
i.          Membaca Allahuakbar ketika rukuk, sujud dan bangun daripada sujud
j.          Membaca (                )  ketika iktidal dan membaca (                   ) ketika takbir sesudah rukuk
k.        Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk
l.          Membaca tasbih tiga kali ketika sujud
m.     Membaca (                                        ) ketika duduk antara dua sujud .
n.        Duduk iftirash dan duduk tawarruk .










   
5.3 Isu-Isu yang berkaitan dengan Sunat Ab’ad dan Sunat Hai’ah

Bacaan-bacaan dalam solat
Jika tidak dibaca / tertinggal
sebab
01
Al – Fatehah
Batal Solat
o           Rukun solat
02
Surah / ayat lazim
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
03
Tahiyyat awal
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
04
Tahiyyat akhir
Batal solat
o           Rukun solat
05
Doa Iftitah
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
06
Tasbih dalam rukuk
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
07
Doa qunu’
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
08
Salawat atas nabi
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
09
Salam pertama
Batal solat
o           Rukun solat



6. PENGERTIAN IBADAT SOLAT
 
6 . Falsafah Solat
  • Solat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri umat Islam .
  • Hanya solat sahaja yang membezakan antara umat Islam dengan umat yang agama lain .
  • Amalan yang pertama sekali disoal oleh Allah ketika di padang Mahsyar ialah ibadat solat .
  • Solat adalah tiang agama.
  • Ia menjadi penghubung antara manusia dengan Allah Taala .

6.1 
       Ubudiah
►    Taat kepada perintah Allah Taala.
►    Melakukan kebaikan
►    Meninggalkan kemungkaran

Kesihatan
►    Sihat tubuh badan .
►    Suci daripada hadas
►    Bersih daripada najis

Kepimpinan
►    Patuh kepada pemimpin
►    Sedia menerima teguran
►    Melatih menjadi pemimpin

Kesucian
►    Wudhuk membersihkan diri
►    Bersih hati dari sifat mazmumah
►    Bersih pakaian dan tempat  tinggal

Perpaduan
►    Eratkan ukhwah Islamiah
►    Masyarakat bersatu padu
►    Perhimpunan dan perbincangan

0 comments:

Post a Comment

Box Sponsor