Wednesday, August 3, 2011

Soal Jawap : (part 3) remeh temeh tentang solat tapi anda malu bertanya

Posted by Dr Mudah 11:15 PM, under | No comments

Soal Jawap remeh temeh tentang solat tapi anda malu bertanya (soalan and jawapan yg ku pilih dari buku tajuknya sama)

1. Saya dengar di Turki mereka azan guna baahsa Turki, kita tak boleh ke azan guna bahasa melayu?
- Azan adalah ibadah. Dalam ibadah, kena ambil dan perhatikan apa yg diterangkan oleh Nabi Muhamad S.A.W. Dalam kes azan, lafaz yg diajar oleh Nabi Muhamad S.A.W adalah sama dari dulu sampai sekarang, kalau di Turki itu ada buat peubahan lafaz azan, itu dia punya pasallah, mana ada ulama muktabar yg mengharuskan.

2. Bolehkah kalau kita awalkan sedikit solat sebelum masuk waktu?
- masuk waktu adalah syarat sahnya solat, kalau tak masuk waktu, solat tah sah rujuk surah al-Nisa ayat 103

3. bolehkah memakai kasut ketika solat
- boleh, tetapi kebersihan kasut hendaklah dipastikan

4. kadang-kadang solat dirumah seorang diri hanya memakai kain sahaja tanpa berbaju, panas dan rimas, ok kah begitu?
- Nabi Muhammad S.A.W melarang org bersembahyang tanpa menutup bahagian badan, tapi sebaiknya berbaju ataupun menutup bahagian atas badan

** Tak Ok. Tp sah betul tak? tp kurang adab!

6. Semasa takbir ihram, saya lihat ada macam-macam gaya mengangkat tangan. bagaimana cara yang sebanar-benarnya mengikut panduan syariiat?

Memang org melayu bnyk gayanya, ada yg angkat tangan tinggi2, ada yg begitu cepat dangan muka yang masam dan seirus. sebenarnya yg elok adalah mengangkat tangan ketika takbir dengan tenang sambil melafazka kalimah takbir. tangan diangkat hingga ke bahu pun sudah memadai. begitu juga ditinggikan tangan ketika takbir hingga ke telinga atau cuping telinga.

7. Ketika takbir ihram mestikah kita tunggu imam abis mengucapkan takbir ihram?

tok imam tempat ikutan makmum, makna kata tok imam kena buat dulu barulah makmum buat. dalam takbir ihram, sebaiknya kita biarkan imam selesaikan dulu lafaz takbir ihram, barulah makmum melafazkan takbir ihram.

8. di Indonesia, ada org mengujarkan supaya bacaan al Fatihah dbuat d dlm bahasa indonesia, bolehkah?

para ulama sepakat bahawa tidak boleh d baca fatihah selain daripada bahasa arab.

9. dalam solat, bolehkah kita baca saja satu surah . misalnya baca satu ayat atau dua ayat daripada satu surah itu ok ke?

boleh. yg penting ayat Al-Quran, boleh ambil mana-mana ayat yang dihafal lalu dibaca dalam solat. boleh dibaca ayat kursi dan sebagainya. diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun pernah melakukannya
**Dlm ilmu fawasil (bab kelebihan ilmu fawasil) ada disebut membaca ayat slps fatihah boleh jika bukan satu surah yg sempurna tetapi kadar ayat yg dibaca mestilah sekurang-kurangnya sama dengan satu surah yg terpendek. (baca 3 ayat @ satu ayat yg panjangnya sama dengan surah al-kauthar-- inna 'akthoina..)



10.semasa duduk tahiyat, selawat yg saya pelajari ialah dengan menambha perkataan "sayidina" sebelum Muhamad. Tapi dalam hadis tak ada pula?

lafaz selawat yang datang dari dalam hadis riwayat Bukhari ialah tiada "Sayidina". ada ulama mengatakan yg berpandapat itu ialah bidaah manakala pendapat yg lain tidak mengapa kerana ia menunjukkan hormat kepada Nabi.

0 comments:

Post a Comment

Box Sponsor