Wednesday, August 3, 2011

Download Ebook Solat Serta Pelbagai Panduan berkaitan secara percuma

Posted by Dr Mudah 11:56 PM, under ,, | No comments

SEARCH FROM: EBOOK



Ebook File name:
1007326 Solat Sunat Dua Hari Raya.doc

File Size:44 KB Upload Date:2011-08-01 About Ebook:SOLAT SUNAT DUA HARI RAYA AIDIL FITRI /AIDIL ADHA BIL PERKARA HURAIAN 1. Hukum solat A...
 

Ebook File name:
T1 Ibadah((11) Solat Fardu.doc

File Size:54 KB Upload Date:2011-07-27 About Ebook:PENDIDIKAN ISLAM Tingkatan : 1 Bahagian : Ibadah Tajuk : FORMTEXT Solat Fardu, Dalil wajib da...
 

Ebook File name:
Tatacara Solat Dan Wuduk.pdf

File Size:394 KB Upload Date:2011-07-27 About Ebook:1 TATACARA WUDUK DAN SOLAT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi.
 

Ebook File name:
Kem Solat Remaja Bentuk Peribadi Cemerlang.pdf

File Size:112 KB Upload Date:2011-07-22 About Ebook:Kem Solat Remaja Bentuk Peribadi Cemerlang Barisan peserta yang menyertai Kem Solat Re...
 

Ebook File name:
Panduan Solat Berjamaah.doc

File Size:50 KB Upload Date:2011-07-22 About Ebook:Solat berjamaah adalah solat yang dilakukan secara bersama, dipimpin oleh yang ditunju...
 

Ebook File name:
Tazkirah 15 300805 Solat Berjamaah Dari Konteks Sains.pdf

File Size:58 KB Upload Date:2011-07-19 About Ebook:Solat Berjamaah Dari Konteks Sains.
 

Ebook File name:
Pengajaran Solat.doc

File Size:417 KB Upload Date:2011-06-17 About Ebook:Kedudukan Solat Dalam Islam. Dalam Islam, solat mempunyai manzilah kedudukan yang tida...
 

Ebook File name:
Doa Dalam Solat.doc

File Size:36 KB Upload Date:2011-06-16 About Ebook:Yang dimaksud dengan doa-doa lain dalam solat adalah doa-doa pada tempat tententu di dalam < b="">
<>
 

Ebook File name:
Rp Fiqeh Kbk 5 ( Solat Jenazah ) Nurlizan Ys.doc

File Size:48 KB Upload Date:2011-06-12 About Ebook:Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu solat jenazah termasuk dalam salah satu urusan jenazah. ...
 

Ebook File name:
E07aug17 Lessons From Solat.doc

File Size:333 KB Upload Date:2011-05-29 About Ebook:Islamic Religious Council of Singapore Friday Sermon 17 August 2007 / 4 Syaaban 1427 Lessons From th...
 

Ebook File name:
Rp Fiqeh Kbk 1 ( Cara Solat Dua Rakaat ).doc

File Size:43 KB Upload Date:2011-05-01 About Ebook:Pengetahuan Sedia Ada : Tahu cara mengambil wuduk Tahu cara-cara bersolat. Pernah mempraktikkan cara...
 

Ebook File name:
Solat Tasbih.pdf

File Size:17 KB Upload Date:2011-04-12 About Ebook:SOLAT TASBIH Solat ini dinamakan solat tasbih atau tasabih kerana didalamnya me...
 

Ebook File name:
R07aug17 Hikmah Dari Perintah Solat.doc

File Size:349 KB Upload Date:2011-04-03 About Ebook:Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 Ogos 2007 / 4 Syaaban 1427 Hikmah Dari Perintah So...
 

Ebook File name:
Solat.pdf

File Size:115 KB Upload Date:2011-03-26 About Ebook:1. Solat Perhatikanlah beberapa penerangan dan keperluan untuk berSolat. Adakah kita telah me...
 

Ebook File name:
Zikir Dan Wirid Lepas Solat Fardu.pdf

File Size:195 KB Upload Date:2011-03-21 About Ebook:IBADAH - ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU SELEPAS SALAM Berzikir Berdasarkan Zikir Rasulullah B erd...
 

Ebook File name:
Rp Fiqeh Kbk 1 ( Bersuci Untuk Solat ).doc

File Size:48 KB Upload Date:2011-03-16 About Ebook:RANCANGAN PENGAJARAN Pengetahuan Sedia Ada : Tahu sebagai orang Islam wajib solat Tahu orang ...
 

Ebook File name:
Rp Fiqeh Kbk 5 ( Solat Jamak Dan Qasar ) Nurlizan Ys.doc

File Size:48 KB Upload Date:2011-02-21 About Ebook:Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu solat Jamak dan Qasar dilakukan untuk orang yang belayar...
 

Ebook File name:
Solat Penanda Aras Kekuatan Akhlak (rumi).doc

File Size:771 KB Upload Date:2011-02-04 About Ebook:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “ SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK ” 24 April 2009 / 28...
 

Ebook File name:
20090929 N Bh Ns Pg32 3b45f Solat Berkualiti Cap.pdf

File Size:785 KB Upload Date:2011-01-28 About Ebook:Headline Solat berkualiti capai Sep 2009 Language Malay MediaTitle Berita Harian PageNo32Sect...
 

Ebook File name:
Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Spi.pdf

File Size:153 KB Upload Date:2011-01-04 About Ebook:Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi M...
 

Ebook File name:
Waktu Solat Dari Perspektif Astronomi.doc

File Size:3.8 MB Upload Date:2010-12-13 About Ebook:Dr H Kassim b. Bahali Balaicerap AlKhawarizmi Jabatan Mufti Negeri Melaka 1. 0 Pendahuluan Solat<...
 

Ebook File name:
Solat Ketika Sakit.doc

File Size:189 KB Upload Date:2010-12-01 About Ebook:Maksudnya…. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu Latihan: Ruk...
 

Ebook File name:
Solat Aidlfitri Dan Aidiladha.doc

File Size:210 KB Upload Date:2010-12-01 About Ebook:LATIHAN Nyatakan hukum melakukan solat Aidilfitri dan Aidil Adha  Terangkan cara menunaikan ...
 

Ebook File name:
Ibadat Solat Hajat.doc

File Size:211 KB Upload Date:2010-12-01 About Ebook:Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. ...
 

Ebook File name:
Tuntutan Solat Berjamaah.doc

File Size:64 KB Upload Date:2010-12-01 About Ebook:Maksud solat berjamaah Segi Bahasa : Berhimpun atau Berkumpul Segi Istilah Ialah : Solat
 
NEXT »

Panduan Solat Berjamaah

Posted by Dr Mudah 11:51 PM, under , | No comments


Solat berjamaah adalah solat yang dilakukan secara bersama, dipimpin oleh yang ditunjuk sebagai imamnya. Solat-solat yang bisa dikerjakan berjamaah adalah:
  1. Solat Lima Waktu: Subuh, Zhuhur, Ashar, Maghrib dan Isya
  2. Solat Jum'at
  3. Solat Tarawih
  4. Solat Ied Fitri dan 'Idul Adha
  5. Solat Jenazah
  6. Solat Istisqa (Minta Hujan)
  7. Solat Gerhana Bulan dan Matahari
  8. Solat Witir
Cara Melakukan
Berniat dalam hati bahawa ia menjadi makmum atau iman. Adapun seseorang yang pada mulanya solat sendirian, kemudian ada orang lain yang mengikuti di belakangnya, baginya tidak dituntut sebagai imam.
Makmum tidak dibenarkan mendahului imam, baik tempat berdirinya maupun gerakannya selama solat berjama'ah berlangsung. Makmum diharuskan mengikuti sikap/gerak imam, tidak boleh terlambat apa lagi sampai tertinggal hingga dua rukun solat.
Apabila makmum menyalahi gerakan imam (sengaja tidak mengikutinya) maka putuslah arti jama'ah baginya; dan ia disebut mufarriq.
Antara imam dan makmum harus berada dalam satu tempat yang tidak terputus oleh sungai atau tembok mati kerana itu berjamaah melalui radio atau seumpamanya dalam jarak jauh, tidak memenuhi syarat berjamaah.
Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri, bukan orang yang sedang makmum kepada orang lain. Selain itu, imam hendaklah seorang laki-laki. Perempuan hanya dibenarkan menjadi imam sesama perempuan dan anak-anak.
Solat berjamaah hukumnya sunnah muakkad yaitu sunnat yang sangat dianjurkan. Perbedaan nilai solat berjamaah, 27 kali lebih baik daripada solat sendirian (munfarid). Solat berjamaah paling sedikit adalah adanya seorang imam dan seorang makmum.
Bila seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah, hendaklah ia segera melakukan takbiratul ihram, lalu berbuat mengikuti imam sebagaimana adanya. Bila imam sedang duduk, hendaklah ia duduk, bila iamam sedang sujud iapun harus sujud; demikian seterusnya. Apabila imam sudah memberi salam, hendaklah ia bangun kembali untuk menambah kekurangan raka'at yang tertinggal dan kerjakanlah hingga raka'atnya memenuhi.
Ukuran satu rakaat solat ialah ruku'. Bila seseorang mendapatkan imam ruku dan dapat mengikutinya dengan baik, maka ia mendapatkan satu rakaat bersama imam.
Rasulullah s a.w. bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu mendatangi shalat, padahal imam sedang berada daam suatu sikap tertentu, maka hendaklah ia berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh imam". (HR Turmudzi dan Ali r.a. )
Hikmah Berjamaah
Solat berjamah mengandung faedah dan manfaat yang bervariasi sesuai dengan kepentingan umat dan zaman. Melalui jamaah, silaturahmi antar umat, disiplin, dan berita-berita kebajikan dapan dikembangkan dan disebarkan luaskan.
Rasulullah s a.w. bersabda: Solat berjamaah itu lebih utama nilainya dari solat sendirian, sebanyak dua puluh tujuh derajat" (HR Bukhari dan Muslim).
Imam (Ikutan)
Imam adalah ikutan, demikian pengertiannya. Untuk menjadi seorang imam diperlukan beberapa persyaratan yang mengikat. Misalnya memiliki usia yang lebih tua atau dituakan, memiliki pengetahuan tentang Al Quran dan hadits Rasulullah s a.w., memiliki keindahan bacaan dengan ucapan yang fasih (kalau di zaman Rasulullah s a.w., peribadi-peribadi yang lebih dahulu hijrah diperhatikan untuk menjadi imam.
Kerana imam adalah ikutan, maka pemilihan pribadi amat diperhatikan. Pro dan kontra yang berlebihan atas seseorang imam kerana dosa besarnya yang menonjol, pasti akan membubarkan jamaah. Adapun dalam kesalahan umum, maka semua manusia tidak suci dari dosa. Seorang yang biasa menjadi imam, maka tidak ada salahnya untuk sewaktu-waktu ia berada di belakang imam yang lain. Walau dia sendiri mungkin lebih baik dari imam yang bersangkutan.
"Dari Abdullah bin Masud, dia berkata: Rasulullah s a.w.  bersabda: "Menjadi Imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qur'annya. Bila semuanya sama bagusnya, hendaklah imamkan mana yang paling alim (banyak tahu) akan sunnah Rasul. Kalau semuanya sama alim tentang sunnah Rasul, maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah. Kalau mereka sama dahulu hijrah, maka iammkanlah mereka yang lebih tua usianya" (HR Imam Ahmad dan Muslim, dari Abdullah bin Mas'ud).
"Kalau mereka ada bertiga, hendaklah diimamkan seorang. Yang lebih berhak menjadi imam ialah yang lebih banyak bacan (tahu tentang bacaan Al Qur'annya)". (HR Imam Muslim, Ahmad dan Nasa'i dengan sumber Abi Said Al-Khudry).
"Tidaklah halal bagi seorang mukmin yang imam kepada Allah s.w.t. dan hari akhir yang mengimami sesuatu kaum kecuali atas izin kaum itu. Dan janganlah ia mengkhususkan satu do'a untuk dirinya sendiri dengan meninggalkan mereka. Kalau ia berbuat demikian, berkhianatlah ia kepada mereka". (HR Abu Daud dari Abu Hurairah)
Keadaan Saf
Solat salah satu ibadah yang menghubungkan peribadi kepada Allah s.w.t., dan juga mengatur hubungan sesama manusia. Solat yang baik mendatangkan tamsil yang indah dan berguna.
Saf yang baik akan menghemat tempat, merapikan barisan dan kesatuan jamaah serta mendatangkan nilai tambah bagi ibadah itu sendiri, bahkan menjadi cermin disiplin kehidupan dan pergaulan.
Rasulullah s a.w. bersabda: "Aturlah saf-saf kamu dan dapatkanlah jarak antaranya, ratakanlah dengan tengkuk-tengkuk". (HR Imam Abu Dawud dan An Nasa'i disahihkan Ibnu Hibban dari Anan).
Sering orang mengira bahawa saf yang baik adalah saf yang dilakukan secara santai-lapang. Tidaklah demikian sebenarnya.
Untuk Saf yang Baru
Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).
Saf Kaum Wanita
Saf kaum wanita sebaiknya terletak di belakang saf kaum lelaki, sementara saf anak-anak berada di tengah; demikian bila dimungkinkan. Bila tidak, saf makmum lelaki dan wanita bisa diatur secara sejajar; atau mungkin tercampur sama sekali, bagaikan jamaah musim haji di masjidil Haram, Makkah. Saf yang bercampur baur sebenarnya kurang baik, bahkan mudah mengandung fitnah; sementara solat itu sendiri mencegah kekejian dan kemungkaran, yang akan mendatangkan fitnah, apalagi jika melakukan solat.
Rasulullah s a.w. bersabda: "Sebaik-baiknya saf kaum lelaki itu di depan, dan seburuk-buruknya ialah di bagian belakangnya, dan sebaik-baiknya saf kaum wanita itu ialah pada bagian akhirnya dan sejelek-jeleknya ialah di bagian depannya". (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Pengganti Imam
Bila solat berjamaah, sebaiknya orang yang di belakang imam adalah mereka yang merasa dirinya siap sebagai pengganti, bila tiba-tiba imam mendapat halangan, umpamanya batal, jatuh sakit, lupa ingatan, terlupa rukun dan sebagainya. Apabila seseorang solat di sebuah masjid di luar asuhan atau daerahnya sendiri, maka dia tidak boleh langsung bertindak menjadi imam, kecuali bila diminta. Mungkin saja disana sudah ada jadwal imam tetap. Begitu pula bila ia bertamu, kerana yang paling hak menjadi imam adalah tuan rumah sendiri, kecuali bila ia diminta.
Imam Yang Arif
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s a.w.  bersabda: "Manakala seseorang di antara kamu solat bersama-sama orang banyak, maka hendaklah ia meringankan (memendekkan) bacaan surat atau ayat-ayatnya. Mungkin ada diantara jamaah yang tidak tahan lama berdiri, ada yang sakit, atau ada yang sudah tua. Dan manakala seseorang dari kamu itu solat sendirian, maka silakan ia memanjangkan bacaan sekehendaknya". (HR Bukhari dan Muslim).
Khutbah dipendekkan dan solat diperpanjang, demikian petunjuk Rasulullah s a.w. Di pejabat, pekerja dibatasi oleh waktu, maka khutbah yang pendek sangat tepat dan bermanfaat. Khutbah yang seakan-akan cerita bersambung, membosankan, akhirnya jama'ah berbual dan mengantuk.
Ringkasan
  • Kalau solat di rumah, maka tuan rumah lebih berhak menjadi imam, kecuali tuan rumah mempersilakannya.
  • Orang yang bagus bacaan Al-Qurannya lebih diutamakan untuk menjadi imam.
  • Bila solat telah berlangsung, mereka yang datang belakangan terus saja mengikuti imam yang sudah ada.
  • Imam sedapatnya orang yang lebih disukai makmum, kerana iman itu dipilih untuk diikuti.
  • Imam sahabat rawatib, sebaiknya oleh imam yang biasa ditetapkan, kecuali ada kesepakatan menunjuk orang lain sebagai imam.
  • Imam yang fasih lebih utama, sebagai halnya seorang yang dituakan, baginya amat layak menjadi imam dalam solat.
  • Imam itu bertanggung jawab atas makmumnya, kerana itu seorang imam harus tahu benar dengan kedudukannya.
  • Orang makmum yang tepat berada di belakang imam, hendaklah seorang yang amat tahu dalam masalah ibadah yang sedang dilakukan. Mereka harus bertindak tepat pada saat imam batal, salah, lupa dan sebagainya. Bila perlu ia berhak menggatikan imam, sekalipun imam berkebaratan atau tidak tahu tentang kesalahannya.
  • Seorang di belakang imam berlaku sebagai barometer, berhak meluruskan baris atau shaf di kanan dan kirinya.
  • Apabila selesai solat, imam segera duduk mengarah ke jamaah. Sebaiknya imam berdzikir secara pelan dan kusyu, dan jamaahpun berdzikir atau berdoa sesuai kata hatinya; demikian yang terbaik.
  • Bila imam berdoa, diaminkan atau tidak diaminkan, doa imam sudah membawa kepentingan jamaahnya.

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/panduanlengkapsembahyang.htm

Solat : muwafik dan masbuq

Posted by Dr Mudah 11:44 PM, under | No comments

assalamualaikum sahabat semua...
saya masih ragu2 tentang kaedah dan cara yang betul untuk menjadi makmum masbuk..
harap ada sahabat yang dapat membantu..
oleh kerana kejahilan diri saya sendiri,kadangkala apabila terlewat ke surau,saya terpaksa bergegas secepat yang mungkin oleh kerana kurang pengetahuan untuk menjadi makmum masbuk..diharap ada penerangan yang jelas menegenainya..
syukran...music*wait*

wassalam Edited by HafizAdam on 02.07.2008 05:05

RE: makmum masbuk?


Bismillah

Makmum yang masbuq bermakna makmum yang tidak sempat untuk berfatihah bersama Imam.

Cara solat baginya adalah, bertakbiratul ihram seperti biasa, dalam keadaan berdiri, dan terus mengerjakan apa yang imam sedang lakukan. Jika imam sedang rukuk, maka rukuklah, jika imam sedang sujud maka sujudlah. Seterusnya ikutilah imam tersebut sehingga tamat solatnya.

Kemudiaan kira berapa rukuk kah yang anda dapati bersama imam, dan sempurnakan jika tidak cukup, apabila imam memberi salam. Contohnya bagi solat Zohor, anda dapat rukuk sebanyak 3 kali bersama imam (anda masuk di rakaat kedua atau anda masuk ketika sujud rakaat pertama contohnya), maka apabila imam memberi salam, bangunlah berdiri, dan sempurnakan satu lagi rakaat sehingga selesai. Begitulah juga pada solat-solat yang lain.

Wallahu A'lam
http://aljoofre.iluvislam.com Send Private Message

RE: makmum masbuk?

Posted on 10.03.2008 19:21
assalamualikum sahabat,
dr soalan enti,insyaallah saya akan cuba bantu...tp jika masih kurang memuaskan,ana minta maaf.
seperti yg kita maklum,makmum ade 2,makmum masbk dan juga makmum muwafik.
makmum muwafik ialah makmum yg dapat bersama dgn imam..mula dr alfatihah hingga selesai solat.dan dalam hal ini,jika seorang makmum contohnya imam sudah mula membaca surah,dan makmum br masuk dan membaca bismillah sedangkan imam sudah rukuk,makmum juga harus rukuk.maka masih lg menjadi makmum muwafik.asalkan sempat rukuk bersama imam.manakala,jika masbuk pula,sekiranya imam sudah sujud,dan kita baru mengangkat takbiratul ihram,maka itu dikira masbuk,rakaat yang tertinggal itu harus diganti.contohnya,enti masuk untuk solat ketika imam sudah masuk rakaat ketiga,maka enti perlu gantio untuk 2 rakaat yg awal.selepas imam selesai memberi salam kedua,enti perlu bangun untuk ganti dua rakaat td.dlm konteks penggantian pula,contohnya dlm solat maghrib,enti masuk ketika rakaat ketiga,selepas salam ke 2 bgn dan rakaat pertama bersama imam itu adalah rakaat pertama bg enti dan sambunglah rakaat yang kedua mengikut solat maghrib.yakni,rakaat ke 2itu enti perlu duduk tahiyat awal mengikut urutan rakaat..wallahualam..sebarang kekurangan harap dimaafkan..salamullah alaik.kullu am wa enti bikhir.
band_ikhwah88 Send Private Message

RE: makmum masbuk?


waalaikumsalam..
mengikut pengalaman dan sedikit ilmu yg ada pd ana,ana cuba utk bantu anti...kalau ada sesiapa yg lebih arif,boleh la beri penerangan yg lebih mendalam..anti bergegas ke masjid tu bererti utk mengikut imam dr rakaat pertama ye?sebenanye apabila kita berkejar2 utk mnunaikan solat,kita akan sedikit tidak tenang,jd perkara itu adalah makruh..jadi,utk makmum yg terlambat dtg,dan waktu itu imam sedang sujud rakaat pertama,kita terus sujud bersama makmum yg lain tetapi rakaat yg pertama itu wajiblah kita ulang pelaksanaannya..tp kalau kita sampai sewaktu imam sedang ruku',maka ruku'lah mengikut imam dan x perlu ulang rakaat tersebut..

Siapa yang masih sempat ruku' bersama imam dalam shalat, maka dia
mendapatkan shalat itu.
(HR Bukhari dan Muslim).

"Apabila seseorang di antara kamu datang shalat sewaktu kami(rasul) sujud,
maka hendakhlah kamu bersujud. dan barang siapa yang mendapati ruku' beserta
imam, maka ia telah mendapat satu raka'at". (HR. Abu Daud).


mohon maaf jika terdpt keslhn dlm apa yg ana sampaikan..harapnya dpt membantu anti sedikit..


**http://www.iluvislam.com

SOLAT JUMAAT

Posted by Dr Mudah 11:36 PM, under | No comments

4. SOLAT JUMAAT

 Tatacara mendirikan solat Jumaat
  
01    Azan Zohor
02    Khutbah pertama
03    Doa antara dua Khutbah
04    Khutbah kedua
05    Sembahyang Jumaat


4.1 Pengertian Solat Jumaat
·        Solat Jumaat ialah Solat dua rakaat yang dilakukan dengan berjemaah di masjid dalam waktu Zohor pada hari Jumaat yang didahului dengan dua khutbah .

4.2 Hukum Solat Jumaat
·        Hukum menunaikan solat Jumaat ialah  fardhu Ain ke atas setiap lelaki Islam yang telah cukup syarat-syaratnya .

4.3 Syarat-syarat wajib Jumaat
a.         Islam – tidak diwajibkan ke atas orang kafir
b.         Lelaki – tidak di wajibkan kepada orang perempuan
c.         Baligh – tidak diwajibkan kepada kanak-kanak
d.         Berakal – tidak diwajibkan kepada orang gila
e.         Bermastautin – tidak diwajibkan kepada orang musafir
f.           Merdeka – bukannya hamba abdi
g.         Tidak uzur – bukan orang sakit atau terhalang keselamatannya

4.4 Syarat – syarat sah solat Jumaat
a.         Hendaklah didirikan di tempat-tempat yang tertentu seperti masjid
b.         Hendaklah didirikan dalam waktu zohor
c.         Hendaklah dilakukan dalam keadaan berjemaah
d.         Bilangan jemaah hendaklah mencukupi 40 orang
e.         Didahului dengan dua khutbah

4.5 Sunat-Sunat dan Adab-Adab Solat Jumaat
a.         Hendaklah datang awal ke masjid
b.         Disunatkan memakai wangi- wangian
c.         Membanyakkan tasbih ,zikir dan selawat
d.         Mengerjakan solat sunat tahiyyatul  masjid sebelum duduk

4.6 Khutbah Jumaat
·        Ucapan yang dibaca oleh Imam / Khatib sebanyak dua kali berturut-turut sebelum menunaikan solat Jumaat .
·        hutbah Jumaat mengandungi kata-kata pujian, nasihat , pengajaran , ilmu pengetahuan  dan salawat dan salam kepada Allah dan Rasul-Nya  .

Hikmat-Hikmat Khutbah Jumaat
a.         Meningkatkan rasa ketaqwaan kepada Allah
b.         Menginsafi diri
c.         Menambahkan pengetahuan umat Islam

4.7 Hikmat- Hikmat  Solat Jumaat
a.         Lambang perpaduan dan persaudaraan
b.         Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
c.         Meninggikan lagi syiar Islam
d.         Dapat mendengar dan mengambil pengajaran daripada khutbah

 http://skhk8k.tripod.com/






SOLAT BERJEMAAH

Posted by Dr Mudah 11:34 PM, under | No comments

3. SOLAT BERJEMAAH .

3.1  Pengertian solat berjemaah
·        Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai. Sekurang-kurangnya dua orang iaitu seorang imam dan seorang makmum .
·        Solat berjemaah ini boleh dilakukan  dimana-mana sahaja asalkan cukup syarat-syaratnya .
·        Iman ialah orang yang mengetuai  solat berjemaah . Makmum pula ialah orang yang berada dibelakang imam dan mengikut imam ketika solat tersebut didirikan .
·        Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali ganda kepada orang mendirikan solat berjemaah.

3.2  Hukum solat berjemaah .
·        Hukum mendirikan solat berjemaah ialah sunat muaakkad - sangat digalakkan dalam Islam .

3.3    Kelebihan solat berjemaah
a.         Menguatkan semangat persaudaraan antara satu sama lain
b.         Mengukuhkan tali persahabatan antara sesama Islam dan sesama manusia
c.         Melatih umat Islam agar berdisiplin dan menepati masa
d.         Mengukuhkan  keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala .

3.4    Syarat-syarat solat berjemaah
a.         Makmum berniat mengikut imam
b.         Mengetahui gerak geri perbuatan imam
c.         Imam dan makmum berkumpul dalam satu tempat / kawasan
d.         Kedudukan makmum di belakang sedikit daripada imam
e.         Tidak mendahului perbutan imam
f.           Makmum lelaki tidak boleh berimamkan imam wanita

3.5    Makmum  Muafik dan  Masbuk

a.       Makmum Muafik
    Makmum yang tidak sempat membaca Al – fatehah ketika imam masih berdiri ketika rakaat pertama .
    Ganjarannya lebih baik daripada makmum masbuk

b.      Makmum Masbuk
    Makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah kerana imam telah rukuk .
    Makmum tersebut hendaklah mengikut imam .
    Dikira mendapat rakaat jika sempat rukuk dan tamakninah bersama imam .

3.6    Bahagian-Bahagian Solat & contoh

a.       Solat fardhu
    Zohor
    Asar
    Maghrib
    Isyak
    Subuh

       b.      Solat Fardhu Ain
    Solat Jumaat

c.       Solat Fardhu Kifayah
    Solat Jenazah

d.      Solat Sunat
    Solat Hari Raya Aidil Fitri
    Solat Hari Raya Aidil Adha
    Solat Sunat Tarawikh
    Solat Sunat Hajat

Susunan Saf
    Saf pertama  - orang lelaki dewasa
    Saf kedua     - kanak-kanak lelaki
    Saf ketiga     - perempuan dewasa
    Saf keempat - kanak-kanak perempuan

 

5. SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AT

5 . Pengertian
·        Sunat Ada’ad ialah amalan sunat dalam sunat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan dikehendaki melakukan sujud sahwi .
·        Sunat Hai’at ialah amalan sunat dalam solat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan tidak dikehendaki melakukan sujud sahwi .

5.1 Perkara-Perkara Sunat Ab’ad
a.         Membaca doa Qunu’ ketika solat Subuh
b.         Membaca Tahiyyat awal
c.         Membaca (                            ) pada tahiyyat akhir .

Bacaan ketika sujud sahwi
    (                                      )  maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
    Hendaklah dibaca tiga kali .                                                   

5.2 Perkara-Perkara Sunat Hai’at
a.         Mengangkat kedua-kedua tangan ketika Takbiratul ihram
b.         Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyyat awal
c.         Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri membaca Fatihah dan surah
d.         Membaca doa iftitah
e.         Membaca amin selepas fatihah
f.         Membaca (                        sebelum membaca Fatihah
g.        Membaca surah atau ayat Al Quran  selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
h.        Menyaringkan bacaan Fatihah pada solat Isyak, maghrib dan subuh
i.          Membaca Allahuakbar ketika rukuk, sujud dan bangun daripada sujud
j.          Membaca (                )  ketika iktidal dan membaca (                   ) ketika takbir sesudah rukuk
k.        Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk
l.          Membaca tasbih tiga kali ketika sujud
m.     Membaca (                                        ) ketika duduk antara dua sujud .
n.        Duduk iftirash dan duduk tawarruk .










   
5.3 Isu-Isu yang berkaitan dengan Sunat Ab’ad dan Sunat Hai’ah

Bacaan-bacaan dalam solat
Jika tidak dibaca / tertinggal
sebab
01
Al – Fatehah
Batal Solat
o           Rukun solat
02
Surah / ayat lazim
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
03
Tahiyyat awal
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
04
Tahiyyat akhir
Batal solat
o           Rukun solat
05
Doa Iftitah
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
06
Tasbih dalam rukuk
Tidak batal
o           Sunat Hai’ah
07
Doa qunu’
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
08
Salawat atas nabi
Tidak batal
o           Sunat Ab’ad
09
Salam pertama
Batal solat
o           Rukun solat



6. PENGERTIAN IBADAT SOLAT
 
6 . Falsafah Solat
  • Solat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri umat Islam .
  • Hanya solat sahaja yang membezakan antara umat Islam dengan umat yang agama lain .
  • Amalan yang pertama sekali disoal oleh Allah ketika di padang Mahsyar ialah ibadat solat .
  • Solat adalah tiang agama.
  • Ia menjadi penghubung antara manusia dengan Allah Taala .

6.1 
       Ubudiah
    Taat kepada perintah Allah Taala.
    Melakukan kebaikan
    Meninggalkan kemungkaran

Kesihatan
    Sihat tubuh badan .
    Suci daripada hadas
    Bersih daripada najis

Kepimpinan
    Patuh kepada pemimpin
    Sedia menerima teguran
    Melatih menjadi pemimpin

Kesucian
    Wudhuk membersihkan diri
    Bersih hati dari sifat mazmumah
    Bersih pakaian dan tempat  tinggal

Perpaduan
    Eratkan ukhwah Islamiah
    Masyarakat bersatu padu
    Perhimpunan dan perbincangan

Box Sponsor