Thursday, December 31, 2009

Hadis Dan Doa Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:50 AM, under ,,, | No comments


Hadis Satu
http://fatah.telkom.us/files/doa-jenazah-1.JPG


Hadis Dua

http://fatah.telkom.us/files/doa-jenazah-2.JPG

Hadis Tiga

http://fatah.telkom.us/files/shalat-jenazah-edit.JPG

SOLAT JENAZAH

Posted by Dr Mudah 8:46 AM, under , | No comments

MUKADDIMAH

Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana firman Allah S.W.T dala Surah Ali-'Imran ayat 185 :

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati ."

Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :



"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan oleh manusia lain dalam menguruskan jenazah seperti memandikan ,mengkhafankan,menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan .

Di dalam buku risalah kecil ini, akan diterangkan cara-cara menyembahyangkan jenazah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

ORANG YANG HAMPIR MATI

Orang yang sakit ,yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir ,hendaklah dihadapkan ke kiblat,dibaringkan di atas lambungan yang kanan,muka dan dadanya dihadapkan ke kiblat ,kalau tidak boleh hendaklah ditelentangkan dan dua tapak kakinya dihalakan ke kiblat
Hendaklah diajar mengucap kalimah tauhid (dengan tidak bertubi-tubi), tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid.
Dibacakan Surah Yaasiin() dan surah Ar-Ra'du ().
PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI

Apabila telah mati (yakin matinya) , hendaklah ditutup matanya , diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya ,dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak,ditutup seluruh badanya dengan kain dan diletakkan ditempat yang tinggi ,umpamanya diatas katil ,dan diletakkan diatas perutnya benda-benda yang berat ( lebih kurang 1 paun).
Ahli-ahli keluarga mayat itu hendaklah berikhitar membayar hutangnya daripada harta peninggalannyaatau daripada pertolongan ahli-ahli keluarga mayat itu atau seseorang waris atau orang lain membut pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya .
Hendaklah disebutnya membayar akan hutangnya.
Hendaklah disebutkan kebaikkan dan medoakan keampunan baginya.
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG
BERHUBUNG DENGAN MAYAT

Apabila mati seseorang Islam , maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardu kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat):

Memandikan
Mengkhafankan
Menyembahyangkan
Mengkebumikan
Peringatan :

Semua perbelanjaan mengururskan mayat ini ialah daripada harta peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya,anak kecil wajib atas bapanya ,sekiranya tidak ada ,maka tertanggunglah ke atas orang islam yang kaya .

TUJUAN MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH

Sembahyang jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.

Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.

Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

Niat
Berdiri jika berkuasa
Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
Membaca surah al-Fatihah
Membaca selawat ke atas nabi
Mendoakan mayat
Memberi salam
Nota :

Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah.
Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH

Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
Menutup aurat dan menghadap kiblat
Mayat sudah dimandikan dan dikafankan
Mayat diletakkan di hadapan kecuali mayat ghaib
Mayat diletakkan dekat dengan orang sembahyang lebih kurang tiga kaki
Mayat hendaklah muslim
Matinya tidak kerana perang fisabilillah5
PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH

Mengangkat kedua tangan semasa mengucapkan empat takbir
Merendahkan suara dalam sembahyang
Membaca

Berjamaah sekurang-kurangnya tiga saf,setiap satu saf sekurang-kurangnya dua orang.
Nota:

Yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya,iaitu bapanya kemudian datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa.Kemudian anak saudara seibu sebapa ,kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham,jika didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua.

CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH

Letakkan mayat di hadapan imam
Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat
Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat
Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat
Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya
PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH

Berdiri (Bagi yang berupaya)
Niat
Takbiratu Ihram
Selepas Takbir Pertama :
Membaca Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua :
Membaca Selawat Atas Nabi
Selepas Takbir Ketiga :
Membaca Doa
Selepas Takbir Keempat :
Memberi Salam
LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA

LAFAZ-LAFAZ NIAT
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)

iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib)

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib)


(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai


(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH


3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI

Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas.

4.MEMBACA DOA

Doa Jenazah Lelaki


Doa Jenazah perempuan


Doa Jenazah Kanak-Kanak


5.MEMBERI SALAM


Sebelum memberi salam eloklah dibaca doa ini:

(jika perempuan ditukar kepada )


Edit From :http://www.al-azim.com/

Solat Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:32 AM, under | No comments

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

  1. Cara mengerjakan Solat Jenazah
    Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
    Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

  2. Rukun Solat Jenazah
    Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
    i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
    ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
    iii. Bertakbir empat kali.
    iv. Salam

  3. Lafaz niat solat jenazah :

    a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke

atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(per

empuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas

jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"


f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum



"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

  1. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

  1. Takbir yang pertama :


    Membaca lafaz :


Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :


















  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

  2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

  3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.

  5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.

  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

  7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :









"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c. Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d. Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca :

Edit From © Surau Al-Syumul Bandar Rinching,

Cara-cara mengkafankan jenazah

Posted by Dr Mudah 8:24 AM, under | No comments

Pertama :
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.


Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.


Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam :
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.

Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Cara memandikan Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:13 AM, under | No comments


  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

  4. Sediakan air sabun.

  5. Sediakan air kapur barus.

  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

  1. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

  2. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

  3. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

  4. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :


"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :


"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

  1. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

  2. Siram sebelah kanan 3 kali.

  3. Siram sebelah kiri 3 kali.

  4. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

  5. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

  6. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

  7. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

  8. Lepas itu wudukkan mayat.


    Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

    Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

  9. Siram dengan air sembilan.

  10. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

  11. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

  12. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

  13. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).

  14. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.


RUJUKAN TAMBAHAN

http://www.islam.gov.my/avod/e-jenazah/index.html

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:10 AM, under | No comments

  1. Sediakan tempat mandi.

  2. Sabun mandi.

  3. Air daun bidara.

  4. Air bersih.

  5. Sugi - 7 batang.

  6. Sarung tangan - 3 atau 5.

  7. Sedikit kapas.

  8. Air kapur barus.

  9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

  1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa

  2. Gunting

  3. Kapas

  4. Cendana

  5. Kapur barus

  6. Air mawar

  7. Minyak wangi (Minyak Attar)

  8. Tikar jerami

  9. Bantal (dari daun pandan)

  10. Tempat mandi yang khas.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:10 AM, under | No comments


  1. Sifat berani.

  2. Sabar.

  3. Amanah.

  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya

Posted by Dr Mudah 8:09 AM, under | No comments


  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

  5. Urusan menggali kubur.

  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

  8. Ucapan takziah.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:09 AM, under | No comments


Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Mengurus Jenazah

Posted by Dr Mudah 8:05 AM, under | No comments



Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.

Apabila sah matinya

Posted by Dr Mudah 8:03 AM, under | No comments



  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
    Hendaklah kita ucapkan :



  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

  1. Rapatkan mulutnya.
  2. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  3. Luruskan kakinya.
  4. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
  5. Letakkan di tempat yang tinggi.
  6. Hadapkan ke Qiblat.


Melawat orang yang sakit dan hikmahnya

Posted by Dr Mudah 8:00 AM, under | No comments

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,




Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
  1. Perlu berada di sisinya.
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
  1. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Mukaddimah - Pengurusan Jenazah

Posted by Dr Mudah 7:57 AM, under | No comments



Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. 

Silibus : Pengurusan Masjid dan Dakwah 2

Posted by Dr Mudah 7:56 AM, under | No comments

Nama Pelajaran     :    Pengurusan Masjid dan Dakwah 2
Kod Mata Pelajaran    :    VMD 121

                VMD      : V -  mewakili kursus kokurikulum
                            : MD -  mewakili kursus Seni Quran
                           

                121     :  1- mewakili semester 2 tahun 1
                                     2- mewakili siri matapelajaran Pengerusan Dakwah dan Masjid
                                1- mewakili jam kredit

Taraf            :    Teras Universiti
Jam Kredit        :    1 jam kredit (2 jam kuliah)
Semester dan tahun     :    Semester 2 (Tahun 1)
Prasyarat         :    -
Kaedah Penyampaian / pengendalian      :    Kuliah / Praktikal
Sistem penilaian dan pecahan markah    :    Kehadiran                     -  25 %
                                                                            Ujian                              -  15 %
                 Peperiksaan Akhir         -  60 %
Fasilitator    :   Us Abdul Malik bin Che Haat,
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)
   
                          Us Mohd Zakuan bin Abdul Manaf,
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)


    Us Mohamad Zaki bin Abdul Hamid
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)

Us Abdul Wahid bin Shaari
           B.A  Hons Pengajian Dirasat al-Islamiah, al-Azhar, Mesir
                     
Senarai objektif mata pelajaran    :
1.      Melahirkan pelajar yang mampu mengurus dan merancang aktiviti pengimarahan masjid.
      2.    Memberi kefahaman dan kemahiran tentang solat berjemaah, jumaat dan bacaan al-Quran.
      3.    Memberi Keyakinan kepada pelajarberucap secara betul di khalayak ramai samada berbentuk ucapan, ceramah atau khutbah.
      4.    Memberi kemahiran teori dan praktikel tentang pengurusan jenazah, sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
      5.    Melahirkan Pendakwah yang mampu bergerak dalam masyarakat sebagai pemimpin masa depan.

Sinopsis
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek kemahiran, pengurusan, pengimarahan masjid disamping melatih kemahiran dalam mengendali aktiviti-aktiviti berkaitan masjid, pengendalian soalt berjemaah, jumaat, khutbah, bacaan al-quran, talqin, tahlil, pengurusan jenazah, etika solat daei, teknik berdakwah dan hal-hal berkaitan dakwah dan pendakwah.

Topik dan nilai jam kontak:

Di akhir kursus ini pelajar akan dapat :-
1.     Pengurusan Jenazah                                         Nilai jam kontak:  6 jam
•    Kuliah Teori
•    Kuliah Amali
•    Amali oleh pelajar

         Pengisian tajuk
•    Saat hampir mati
•    Kuliah Amali dan ziarah kematian
•    Kaedah mandi jenazah
•    Kaedah kafan jenazah
•    Kaedah solat jenazah
•    Kaedah mengebumikan jenazah
•    Bacaan talqin
•    Praktikel pengurusan jenazah
•    Latihan dalam kumpulan

2.     Bacaan Wirid, Tahlil dan Doa  
                          Nilai jam kontak:  4 jam
•    Kaedah berwirid dan bertahlil
•    Doa-doa ma’thur
•    Latihan dalam kumpulan

3.      Dakwah                                                                    Nilai jam kontak:  2 jam
•    Ta’arif
•    Dakwah Rasulullah, sahabat
•    Dakwah masa kini
•    Jenis dan bentuk Dakwah
•    Golongan sasaran dan kaedah

4.       Pendakwah                                                     Nilai jam kontak:  2 jam
•    Ciri-ciri Pendakwah
•    Etika Pendakwah
•    Keperluan Pendakwah
•    Ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith berkaitan dakwah
•    Kisah-kisah Pendakwah sebagai pedoman

5.       Public speaking / Ceramah                                   Nilai jam kontak:  2 jam
•    Memilih tajuk-tajuk dan mencari isi kandungan
•    Latihan dalam kumpulan
•    Ulasan

6.    Praktikal Khutbah dan Ceramah    
                                      Nilai jam kontak: 8 jam
•        Mengenal pasti pelajar yang layak
•        Mengenal pasti masjid-masjid yang terpilih
•        Urusan dengan Imam / Bilal / AJK
•        Kaedah penilaian
•        Teks atau isi khutbah / ceramah disemak jurulatih (penasihat)

Jumlah Jam Kontak : 28

Sumber rujukan utama
1.    Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha, Ali al-Syarbaji, Manhaj Fiqh as-Syafie, 2005.
2.    Abdullah al-Qori hj Salleh, I’tikaf Menurut as-Sunnah, 1989
3.    Tahlil Lengkap Dengan Doa-doa Pilihan Redaksi al-Hidayah,
4.    Abdullah al-Qori hj Salleh, Solat Fardhu Dan Sunat Mendekati Sunnah Nabi, 1998
5.    Abdullah al-Qori hj Salleh, Sunnah Dan Bid’ah Pengurusan Mayat, 1993
6.    Chodri Ramli, Solat Jumaat – Sejarah & Tatacara Perlaksana, 1998.
7.    Muhd Fadhil Ismail, Peranan Masjid, 2003.

*Copyright to Unit Kokurikulum Kolej Universiti Insaniah

Silibus : Pengurusan Masjid dan Dakwah 1

Posted by Dr Mudah 7:30 AM, under | No comments

Nama Pelajaran     :    Pengurusan Masjid dan Dakwah 1
Kod Mata Pelajaran    :    VMD 111


                VMD      : V -  mewakili kursus kokurikulum
                            : MD -  mewakili kursus Pengurusan Masjid dan                                  Dakwah
                          

                111     :  1- mewakili tahun 1
                              1- mewakili siri matapelajaran Pengurus Masjid dan Dakwah
                                1- mewakili jam kredit

Taraf            :    Teras Universiti
Jam Kredit        :    1 jam kredit (2 jam kuliah)
Semester dan tahun     :    Semester 1 (Tahun 1)
Prasyarat         :    -
Kaedah Penyampaian / pengendalian    :    Kuliah / Praktikal
Sistem penilaian dan pecahan markah :    Kehadiran                     -   25 %
                                                            Ujian                               -  15 %
                                                               Peperiksaan akhir         -   60 %
Fasilitator    :   Us Abdul Malik bin Che Haat,
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)
  
                          Us Mohd Zakuan bin Abdul Manaf,
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)

Us Mohamad Zaki bin Abdul Hamid
           B.A  Hons Pengajian al-Qiraat, Shoubra, Mesir
           Diploma Tahfiz al-Quran (JAKIM)

Us Abdul Wahid bin Shaari
           B.A  Hons Pengajian Dirasat al-Islamiah, al-Azhar, Mesir

          
Senarai objektif mata pelajaran    :

1.      Melahirkan pelajar yang mampu mengurus dan merancang aktiviti pengimarahan masjid.

2.    Memberi kefahaman dan kemahiran tentang solat berjemaah, jumaat dan bacaan al-Quran.


      3.    Memberi Keyakinan kepada pelajar berucap secara betul di khalayak ramai samada berbentuk ucapan, ceramah atau khutbah.

      4.    Memberi kemahiran teori dan praktikal tentang pengurusan jenazah, sebelum, semasa dan selepas kematian.

      5.    Melahirkan Pendakwah yang mampu bergerak dalam masyarakat sebagai pemimpin masa depan.

Sinopsis Matapelajaran

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek kemahiran, pengurusan, pengimarahan masjid disamping melatih kemahiran dalam mengendali aktiviti-aktiviti berkaitan masjid, pengendalian soalt berjemaah, jumaat, khutbah, bacaan al-Quran, talqin, tahlil, pengurusan jenazah, etika solat dan daei, teknik berdakwah dan hal-hal berkaitan dakwah dan pendakwah.

Topik dan nilai jam kontak:


1.     Pengenalan kursus                                                   Nilai jam kontak:  2 jam
•    Taaruf
•    Kepentingan dan objektif kursus
•    Kandungan dan perlaksanaan kursus
•    Pembahagian kumpulan
•    Melantik ketua, penolong ketua, setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatan kuasa.

2.     Konsep Masjid                                                 Nilai jam kontak:  2 jam
•    Definisi
•    Kepentingan Masjid
•    Masjid sebagai pusat ibadat
•    Masjid sebagai pusat aktiviti
•    Masjid sebagai pusat ilmu
•    Masjid sebagai pusat penyatuan ummah
•    Sejarah dan keistimewaan masjid
  
3.      Profesion Imam                                                         Nilai jam kontak:  4 jam
•    Ta’arif Imam
•    Syarat-syarat dan etika Imam

Solat Berjemaah
•    Jenis-jenis solat berjemaah
•    Kepentingan dan fadhilat
•    Kedudukan shaf makmum
•    Masbuq dan Muwafiq
•    Permasalahan berkaitan solat

Jawatankuasa Masjid dan Fungsi
•     Pengerusi / Imam
•     Setiausaha
•    AJK
•    Latihan dalam kumpulan
•    Simulasi mesyuarat
•    Mencatat minit mesyuarat
•    Menulis minit mesyuarat

4.       Bacaan al-Quran     
                                      Nilai jam kontak:  4 jam
•    Praktikel / Latih tubi
•    Al-Fatihah dan surah-surah / Ayat-ayat pilihan
•    Bacaan kalimah-kalimah dengung / tidak dengung
•    Bacaan kalimah-kalimah panjang / pendek
•    Bacaan kalimah-kalimah tebal / nipis
•    Sebutan-sebutan huruf dan makhraj huruf
•    Lagu-lagu yang sesuai dengan bacaan imam ketika solat
•    Waqaf dan Ibtida’
•    Contoh-contoh bacaan qori atau imam.

5.       Perancangan Program                                             Nilai jam kontak:  2 jam
•    Harian
•    Mingguan / Bulanan / Tahunan
•    Hari Kebesaran Islam
•    Kegiatan Ilmiah yang sistematik, bermodul dan bersijil
•    Sumber kewangan

6.    Peraktikel Perancangan Program                                        Nilai jam kontak: 2 jam
•    Latihan dalam kumpulan
•    Perbentangan
•    Ulasan

7.    Solat Jumaat                                                                         Nilai jam kontak:  4 jam
•     Pengertian, sejarah dan hukum
•     Syarat-syarat wajib
•     Syarat-syarat sah

       Khutbah
•    Syarat dan rukun
•    Sunat-sunat
•    Perkara yang membatalkan
•    Teknik berkhutbah
•    Kaedah menulis khutbah

       Penulisan Khutbah
•    Latihan dalam kumpulan / individu
•    Praktikel berkhutbah / Pembentangan amali
•    Ulasan
  
Jumlah Jam Kontak : 28

Sumber rujukan utama
1.    Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha, Ali al-Syarbaji, Manhaj Fiqh as-Syafie, 2005.
2.    Abdullah al-Qori hj Salleh, I’tikaf Menurut as-Sunnah, 1989
3.    Tahlil Lengkap Dengan Doa-doa Pilihan Redaksi al-Hidayah,
4.    Abdullah al-Qori hj Salleh, Solat Fardhu Dan Sunat Mendekati Sunnah Nabi, 1998
5.    Abdullah al-Qori hj Salleh, Sunnah Dan Bid’ah Pengurusan Mayat, 1993
6.    Chodri Ramli, Solat Jumaat – Sejarah & Tatacara Perlaksana, 1998.
7.    Muhd Fadhil Ismail, Peranan Masjid, 2003.

*Copyright to Unit Kokurikulum Kolej Universiti Insaniah

Box Sponsor